![](http://3.bp.blogspot.com/-BpyuXZl46Yg/UnckDfpHNrI/AAAAAAAALyQ/F1d7p2kcYbI/s1600/Screen-Captures3-565x599.jpg)
Selepas kemenangan Pahang menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi, pemimpin tertinggi kerajaan dan parti pembangkang memberi ucapan tahniah kepada pasukan bertanding melalui laman sosial masing-masing.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pastinya gembira kerana negeri kelahirannya menang hasil jaringan pemain Argentina Matias Ruben Conti pada minit ke-58 di Stadium Shah Alam.
Najib melalui tweet beliau berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian pasukan Pahang dan berharap Kelantan akan terus mencuba lagi tahun hadapan.
“Saya bangga dgn juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Penantian 21 tahun berakhir malam ini (semalam)! Syabas juga kepada Kelantan, cuba lagi tahun depan,” kata Najib melalui tweet beliau.
![](http://3.bp.blogspot.com/-xJGt30A6lkA/UnckKBbIBOI/AAAAAAAALyY/qbprRzHpdLw/s1600/NajibPialaMalaysia-2.jpg)
Bagaimanapun bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau turut mengucapkan tahniah tetapi di laman Facebooknya mengucapkan syabas kepada kedua-dua pasukan.
“Syabas Pahang berjaya tamatkan kemarau 16 tahun, kini Piala Malaysia milik Darul Makmur, Tahniah Kelantan kerana kesungguhan berjuang hingga saat akhir,” kata Anwar dalam status Facebooknya.
Jelas dilihat kenyataan Anwar salah apabila menyebut 16 tahun kemarau Pahang tidak menjuarai Piala Malaysia dan ia mengundang kata-kata sindiran daripada pengikut laman Facebook ekoran salah kira-kiranya itu.
![](http://1.bp.blogspot.com/-yWEdDIt5iLI/UnckPWksXdI/AAAAAAAALyg/aJeSaVva8LY/s1600/Screen-Captures2.jpg)
Ada satu komen mempersoalkan bagaimana beliau boleh menjadi Menteri Kewangan apabila salah meletakkan angka 16 tahun.
Ada juga yang mempertahankan Anwar dengan mengatakan ia adalah salah mereka yang mengendalikan laman Facebook beliau sebaliknya bukan Anwar.
Bagi Anwar, beliau sendiri satu ketika dahulu mengakui beliau yang menguruskan dan cuba menjawab semua kata di Facebook sendiri tanpa melibatkan orang lain bagi mendekatkan diri dengan rakyat.
Jika begitu, jelaslah Anwar yang mungkin tidak menyedari kesalahannya faktanya.
Pada hari ini, status berkenaan sudah dipadamkan dan digantikan dengan status lain.
Kali terakhir Pahang memenangi Piala Malaysia ialah pada tahun 1992 menjadikan tahun ini sebagai 21 tahun Pahang baru sahaja berjaya memenanginya semula.
0 komentar:
Posting Komentar