![](http://3.bp.blogspot.com/-6AOy0kQGnp0/UhW7gFsPXPI/AAAAAAAACGA/NwXRlKE4W6Q/s1600/IMG-20130822-009761-565x423.jpg)
Prosiding perbicaraan mendengar permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald berlangsung hari ini di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Prosiding bermula kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin.
Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.
Prosiding ditangguhkan pada kira-kira pukul 12.50 tengahari sebelum disambung semula pukul 3 petang ini.
Perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya ini dipenuh umat Islam sejak pukul 5 pagi lagi bagi menunjukkan perpaduan Islam yang kukuh dalam isu penggunaan kalimah Allah ini yang sememangnya khusus untuk umat Islam.
Menurut peguam yang mewakili umat Islam, mereka berkata semua hujah sudah diberikan dalam perbicaraan oleh kedua-dua belah pihak dan orang ramai boleh terus berdoa agar keputusan memihak kepada Islam.
“Jika kita gagal pada hari ini, mereka akan terus boleh menggunakan kalimah Allah di dalam terbitan mereka tetapi kita akan berusaha membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan.
“Jika keputusan hari ini memihak kepada kita, kita akan ada satu lagi perbicaraan kes induk iaitu sama ada mahkamah mahu membenarkan pihak gereja menggunakan kalimah Allah atau terus menolaknya pada 10 September depan,” katanya kepada media di ruang depan Istana Kehakiman sebaik prosiding sesi pagi tamat.
Turut hadir menunjukkan sokongan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa.
0 komentar:
Posting Komentar