Rabu, 18 Desember 2013

Syria Diberi Tempoh 7 Hari Isytihar Senjata Kimia



Amerika Syarikat (AS) telah memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Presiden Syria Bashar al-Assad untuk menyerahkan senarai senjata kimia yang dimiliki dan disimpan di negara itu.

AS mengambil keputusan bekerjasama dengan Russia dalam isu Syria untuk melaksanakan proses memusnahkan senjata kimia milik Syria dalam satu rundingan serius di Geneva, Switzerland.

Setiausaha Negara AS John Kerry dan juga rakan sejawatannya dari Russia Sergey Lavrov dalam satu sidang media berkata mereka sudah mencapai kata sepakat untuk satu rangka kerja memusnahkan semua senjata kimia milik Syria.

Washington bagaimanapun tetap dengan dengan perancangan mereka untuk menyerang Syria jika negara itu tidak mematuhi pengisytiharan itu.

Kerry berkata mereka berdua bersetuju kemungkinan akan memohon Resolusi di bawah Bab 7 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – yang memperuntukkan tindakan ketenteraan dan bukan kententeraan.

Menurut Kerry, para pemeriksa senjata mesti berada di lokasi senjata kimi sebelum November ini dan proses memusnahkan senjata kimia perlu dilakukan sebelum pertengahan 2014.

Bagi Lavrov pula menyifatkan persetujuan dengan AS itu sebagai satu keputusan yang dibuat sebulat suara, kompromi dan profesional.

“Sebarang pelanggaran peraturan prosedur, akan dibawa ke perhatian Majlis Keselamatan dan jika diberi kebenaran, Majlis Keselamatan akan membuat keputusan yang perlu dan keputusan yang tegas,” katanya.

“Tiada sebarang rundingan dibuat berkenaan tindakan ketenteraan atau tidak sebaliknya, sebarang tindakan Syria jika melanggar apa yang cuba kami lakukan akan dibawa dan diberikan kebenaran oleh Majlis Keselamatan PBB,” katanya lagi.

Presiden AS Barrack Obama sebelum itu telah mengatakan akan menyerang rejim al-Assad sebagai tindakan ke atas serangan gas kimia di Syria yang mengorbankan kira-kira 1,400 orang pada 21 Ogos lepas.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. MT - Posts · Comments
Powered by Blogger