Kamis, 26 Desember 2013

Banjir Landa Britain Dan Jerman


LONDON – Banjir melanda Britain semalam ekoran berlakunya air laut pasang besar yang terburuk dalam tempoh 60 tahun sehingga menjejaskan ribuan penduduk.

Banjir itu berlaku selepas ribut kuat melanda utara Eropah yang turut menyebabkan beberapa kawasan di Jerman dilimpahi air.

Ribut tersebut menyebabkan penduduk di sepanjang pantai England dipindahkan.

Setiausaha Alam Sekitar United Kingdom, Owen Paterson berkata, air pasang besar mungkin berterusan hari ini.

Beberapa kemalangan jalan raya berlaku di seluruh Eropah menyebabkan tujuh orang terbunuh sejak tiga hari lalu di Poland, Sweden, Denmark dan Britain.

Laluan trafik terhenti akibat jalan raya dilimpahi air manakala perkhidmatan kereta api turut tergendala di sebahagian besar kawasan di Sweden.

Ribuan penduduk di Sweden terputus bekalan elektrik.

Angin kencang turut menyebabkan sebatang pokok Krismas di Vaxjo, Sweden tumbang.

Sejumlah penerbangan dibatalkan di Sweden, Denmark, Norway, Jerman dan Poland.

Lebih 1,000 orang bermalam di sebuah lapangan terbang di Copenhagen, Denmark gara-gara 200 penerbangan dibatalkan.

Di bandar raya Hamburg, Jerman, paras air meningkat sehingga empat meter.

Perkhidmatan kereta api dari Hamburg ke Denmark dan beberapa destinasi lain turut dibatalkan.

Namun, perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Bayern Munich dan Werder Bremen hari ini diteruskan.

Perlawanan itu diteruskan kerana air tidak melimpah memasuki stadium milik kelab Werder Bremen. – AP

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. MT - Posts · Comments
Powered by Blogger