Tampilkan postingan dengan label pensyarah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pensyarah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Mahasiswa potong rambut kali pertama selepas 10 tahun kerana mahu jadi pensyarah

- 0 komentar

Jumaat, 17 Ogos 2012

src="http://platform.twitter.com/widgets.js" type
LONDON: Seorang mahasiswa yang menyiapkan ijazah kedoktorannya memotong rambut untuk kali pertama selepas kali terakhir melakukannya 10 tahun lalu.

Dia juga menawarkan rambutnya sepanjang lebih 91 sentimeter untuk dijual pada harga �600 (RM2,900).
Timothy Price, 29, kini mengikuti kursus kajian teologi dan ketuhanan di Universiti Aberdeen.

Kali terakhir dia ke kedai gunting rambut ialah pada Januari 2002. Dia memutuskan untuk menukar fesyen rambut sebagai persediaan menghadiri temu duga bagi mencari pekerjaan sebagai pensyarah. Price mahu memanfaatkan rambut itu dengan menawarkannya kepada sesiapa yang memerlukan rambut palsu. Bapa kepada dua anak itu berkata, dia mula menyimpan rambut sejak di universiti - satu amalan yang lazim di kalangan mahasiswa.
“Kemudian saya berasa selesa dan gembira dengan gaya rambut panjang,” katanya. Bagaimanapun, berdepan dengan temu duga untuk mendapatkan pekerjaan, Price berpendapat, lebih baik dia memulakan ‘hidup baru’ tanpa rambut panjang. Walaupun 10 tahun tidak bergunting, Price berkata, dia tidak gementar ketika rambutnya dipotong.

“Saya cukup bersedia berubah dan mahukan sesuatu yang berbeza,” katanya. Sementara itu, isteri Price, Joy, 25, mengakui terkejut melihat wajah baru lelaki itu tanpa rambut panjang.

“Sejak berkenalan dengan Price, saya tak pernah nampak dia berambut pendek,” katanya. - TS
  Sumber
Relevansokmo
[Continue reading...]

Jumat, 27 Desember 2013

Jual diploma pensyarah KLMU dijel

- 0 komentar

ELMY SHADZLY ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan menerima rasuah pada Oktober tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pensyarah Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) dipenjara dua bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menerima rasuah RM1,500 untuk sekeping diploma pada Julai lalu.

Hakim Rozilah Salleh mengenakan hukuman tersebut selepas tertuduh Elmy Shadzly Wahi, 40, mengaku salah atas tuduhan pertama tersebut.

Dia yang merupakan bekas pensyarah Falkuti Kulinari bagaimanapun dilepas dan dibebaskan bagi tuduhan kedua iaitu cuba meminta RM1,500 untuk tujuan yang sama.

Keputusan itu dibuat Rozilah apabila dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa mereka akan menggugurkan salah satu tuduhan sekiranya tertuduh mengaku salah bagi satu tuduhan.

Mahkamah turut mengarahkan Elmy Shadzly dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda dengan hukuman penjara dua bulan diarah berjalan semalam.

Bapa kepada empat anak itu didakwa memperoleh wang tunai RM1,500 melalui akaun Malayan Banking Berhad nombor 162254706503 daripada Muhammad Asrull Aizat Solehan.

Ia sebagai balasan untuk memberikan Muhammad Asrull Aizat satu diploma bidang kulinari dari KLMU tanpa pelajar itu menghadiri kuliah dan peperiksaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dataran Maybank Bangsar, No. 1, Jalan Maarof di sini pada pukul 3.30 petang 13 Julai 2012 di sini.

Bagi tuduhan kedua, dia didapati cuba memperoleh RM1,500 daripada Muhammad Asrull Aizat bagi satu diploma kulinari KLMU tanpa menghadiri kuliah dan peperiksaan pada pukul 8.30 malam 16 Julai lalu di Jalan Sri Ehsan 2, Taman Perindustrian Sri Ehsan.

Dakwaan kedua-dua tuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.

Pegawai pendakwa SPRM, Nor Lokman Samingan manakala tertuduh diwakili peguam S. I. Rajah.

Terdahulu Elmy Shadzly merayu hukuman ringan kerana dia sudah kehilangan sumber pendapatan dan perlu menanggung empat anak manakala isteri pula tidak bekerja.

Katanya lagi, dia melakukan kesalahan itu bukan untuk dirinya tetapi demi membantu kawan mendapatkan kerja.

Sementara itu, Elmy Shadzly yang menghadapi dua lagi tuduhan rasuah yang dibacakan di Johor Bahru pada 8 Oktober tahun lalu sebelum ini menukar pengakuan kepada mengaku bersalah di mahkamah sesyen berasingan di sini semalam.(kosmo)
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. MT - Posts · Comments
Powered by Blogger