Tampilkan postingan dengan label arah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label arah. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Februari 2014

Kakitangan KTMB Pula Kena Arah

- 0 komentar

Wednesday, August 29, 2012


Setelah semalam, terbongkar sepucuk surat mengarahkan kakitangan Bahagian Sumber Manusia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghadiri sambutan kemerdekaan, hari ini pula Umno-APCO mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.

Menurut sumber daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

"Menurut maklumat dalam surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 peserta dan setiap jabatan wajib menghantar wakil.

"Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai baju-T, tetapi tidak diketahui bila wang tersebut akan diberikan," katanya kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.

"Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai target lebih 100,000 hadir program itu," katanya.

Pengerusi KTMB, Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator dan Setiausaha BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Baru-baru ini, iklan kempen ‘Sayangi Selangor’ yang menampilkan gambar Najib Altantuya mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.

Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan ‘Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan’ dan ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup.
sumber
[Continue reading...]

Jumat, 31 Januari 2014

DAP arah peguam kaji saman ROS dan The Star

- 0 komentar

Harakahdaily, 27 Jul 2013
KUALA LUMPUR: DAP telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang  ke atas Ketua Pengarah Pendaftaran, Datuk Abdul Rahman Othman dan akhbar The Star ekoran dakwaan ahli DAP sedang berusaha menubuhkan parti baru.

Ini berikutan kenyataan Abdul Rahman, Pendaftar Pertubuhan  (ROS) tidak akan melayan permohohan ahli DAP untuk mendaftarkan parti baru.

"Ini adalah dakwaan palsu kerana tidak pernah berbangkit isu ini di kalangan pemimpin DAP dalam atau luar dari mesyuarat Jawatankuasa Eksekutuf Pusat (CEC)," kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

DAP, kata Lim, kesal kerana Abdul Rahman membuat kenyataan ini di bulan puasa.

Bagi beliau, ROS telah membenarkan dirinya digunakan oleh Umno selepas Umno gagal mengalahkannya dalam pilihan raya dengan cara membatalkan pendaftaran DAP secara haram.

Bagi Lim, Abdul Rahman membuat keputusan awal sebelum menyelesaikan siasatan ke atas DAP sebagaimana yang dijanjikan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang sebelum ini.
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. MT - Posts · Comments
Powered by Blogger