![](http://3.bp.blogspot.com/-z4GiqHeN1Ds/UncqVvCk9xI/AAAAAAAALzQ/EAJZJoBFCJU/s1600/Cristina-Suzanne.jpg)
Pelakon kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stokstill ataua Cris mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada 22 Januari depan bersamaan dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 29.
Memetik laporan portal Rotikaya, Cris menyatakan, “InsyaAllah sekiranya tidak ada aral melintang saya akan berkahwin pada tahun hadapan pada tarikh kelahrian saya iaitu 22 Januari ini bertempat di kediaman saya di Kuantan”.
Pelakon filem KIL ini juga mengatakan keluarganya banyak membantu daripada segi persiapan perkahwinan yang bakal dilangsungkan kurang dari dua bulan sahaja lagi.
Cris telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan ibunya pada 13 Oktober lalu.
Sementara itu, bakat pelakon yang digelar sebagai Zooey Deschanel Malaysia ini semakin terbukti apabila namanya dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2013 menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem (KIL) dan majlis tersebut akan berlangsung pada 29 November ini.
0 komentar:
Posting Komentar